Inilah Aku Seadanya

Aku...seorang insan biasa bernama manusia
Aku...seorang insan yang memerlukan kasih & sayang
Aku...seorang insan yang kerdil
Aku...aku tetap aku...tiada siapa pun dapat merubah hakikat yang sebenarnya
Inilah aku seadanya....


   

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Wednesday, December 27, 2006
Usia Pernikahan Mempengaruhi Kemesraan

Perkhawinan...ramai yg berkata...perkhawinan merupakan satu perjudian dalam hidup. Betul ke?? Tak tahulah sejauh mana kebenarannya. Maybe bagi setiap individu..pendapat adalah berlainan dan cara masing-masing dalam menjalani bahtera perkhawinan adalah berbeza, but perkara yg penting dalam sesebuah perkhawinan adalah KEJUJURAN dan TANGGUNGJAWAB terhadap pasangan masing-masing. Jom sama-sama kongsi apa yg diperkatakan di bawah ni, kekdg ada juga betulnya Wink

Sebelum Tido:

6 minggu: selamat bobok sayang, mimpi indah ya, mmmuach.
6 bulan: tolong matikan lampu tu, silau ah.
6 tahun : Sana sikit lah... tido kalau tak mengepit tak bole eh???!

Pakai Toilet:
6 minggu: tak apa, u dulu aje lah, i tak buru2 .
6 bulan: masih lama tak nih?
6 tahun: brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana!!

Balas SMS:
6 minggu: iye sayang, jap lagi i sampai ruma, i beli murtabak kesukaan u..
6 bulan: trafik jam ah
6 tahun: k..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun : Iyalah!! kalau i tak cintakan u, buat apa i nikah ngan u??

Pulang Keje:
6 minggu: Honey, i dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu : Sayang, i harap u menyukai cincin yang i beli
6 bulan : I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun : Nih duit, u beli sendiri lah apa yg u nak..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin bbual ngan u di telefon nih
6 bulan : Eh...your call...
6 tahun : WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH....ANGKAT AH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka i, rasa makanan ini begitu lazaattt...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH? LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi eh
6 bulan: Hati-hati! Nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, u seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah.. beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg u nak honey?
6 bulan: Ke Orchard aje eh..senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH EH? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, apa yg kita nak tonton malam ini ?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR2 BOLE

Terlangaq batu:
6 minggu: Kurang asam batu ni, nanti abg gi beli cangkui, nak buang batu ni
6 bulan: Bila berjalan tu baik-baik tengok depan
6 tahun: BUTA KE!!!! Batu besaq tu depan mata tak nampak

Posted at 01:12 pm by cahaya_syahdu
Make a comment  

Wednesday, December 20, 2006
PERKHAWINAN IBARAT PERJALANAN DGN KERETA BARU

Marilah kita sama-sama jadi artikel ini sebagai satu panduan dalam menjalani alam perkhawinan samada yg baru berkhawin ataupun yg dah lama berkhawin Wink artikel ini dipetik dari Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj.

Apabila pertama kali kita keluar dari galeri pameran dengan memandu kereta baru, kita benar-benar berazam untuk memeliharanya. Kita tidak mahu ia calar, kita akan basuh setiap kotoran, kita akan lindungi ia dari panas dan hujan seboleh mungkin.
Walaupun perjalanan jauh dan sesak, kita tidak akan berasa letih. Jika letih pun kita masih sanggup untuk memegang stereng. Kita seperti tidak percaya dengan sesiapa pun untuk memandukan kereta itu buat kita.

Pertama kali kita memandu kereta ini, kita menekan pedal minyak dengan lembut, perlahan dan sayang. Menekan pedal brek dengan berhati-hati, menghidu aroma baru di dalam kereta dalam-dalam. Kita tersenyum lebar, megah dan bangga. Kita mahu kereta itu kekal dalam keadaannya seperti itu selama-lamanya. Apabila sampai di rumah, kita gilap walaupun tiada habuk yang melekat. Kita duduk di luar membelek, memerhati dan menggosok-gosok sana sini. Kita tidak segan silu bergambar di samping kereta baru ini walaupun diperhatikan jiran-jiran. Kita rasa kita berhak dan patut berkelakuan begitu, sebab inilah hasil jerit-perih kita.

Ketika ini jika ada budak-budak bermain berhampiran, kita akan halau mereka. Jika kanak-kanak itu anak kita sendiri kita akan buat peraturan baru, jika kanak-kanak itu anak jiran, kita digelut bimbang dan gelisah, khuatir kanak-kanak itu akan mencederakan
kereta kita. Kita merasakan kereta adalah kita dan kita adalah kereta. Begitu intim, begitu mesra, begitu rapat, begitu nostalgic, begitu saying, cinta dan kasih. Namun, suatu hari tatkala kita sedang mencuci kesan hentaman batu, melecet catnya, luka dan cedera. Kita cuba gilap, gosok dan tenyeh namun lukanya dalam dan kekal. Kita mula berasa tak sedap. Impian kita untuk mengekalkan imej barunya seperti telah dicemar.

Suatu hari yang lain tatkala sedang memandu dengan berhati-hati, tiba-tiba kita terlanggar bonggol yang agak tinggi, hingga tersagat bawah kereta. Alamak, kita rasa sakit sekali. Habislah kereta aku. Apabila kita membeli kereta baru samalah macam kita bergelar pengantin baru. Kita mahu menjaga kereta itu amat-amat, tetapi ia tetap bergaris dan bergores sesetengahnya atas perbuatan kita sesetengahnya oleh pihak lain. Kita mahu menjaga pasangan kita amat-amat tetapi kadang-kadang kita tergores atau kita menggores, kadang-kadang kita tidak bermaksud begitu tetapi disalah tafsir.

Perkahwinan adalah perjalanan dan pemilikan. Seperti kereta yang digunakan untuk menempuh perjalanan, ia juga satu pemilikan. Dalam perjalanan jangan aspect segala-galanya okey, ada kalanya terpaksa berhenti kerana jalan raya sesak, ada kalanya terpaksa melanggar had laju apabila dalam kecemasan, ada kalanya terlanggar lubang sebab jalanraya tidak rata, ada kalanya tidak dapat bergerak sebab tiada petrol dan duit tol.
Perkahwinan kadang-kadang macam kereta berguna untuk perjalanan jauh; jika cukup petrolnya dan cukup semua syaratnya, ia boleh sampai ke mana-mana saja tempat yang dituju. Tetapi dalam perjalanan itu bermacam-macam perkara juga boleh berlaku, perjalanan
terpaksa berhenti untuk menikmati pemandangan indah, berhenti untuk bayar tol, berhenti untuk hajat besar dan kecil, berhenti untuk berhenti terus.

Dalam perjalanan, yang tidak terduga kadang-kadang mengambil sudut; sewaktu mengundur terkena tiang lampu, ketika parking tersentuh kereta sebelah, tatkala bergerak batu kecil dari lori jatuh menghentam. Perjalanan bermakna KESABARAN, perkahwinan
juga mengharapkan KETENANGAN. Walau apa yang ditempuh, sama ada rela atau terpaksa, kadang-kadang perjalanan terpaksa diteruskan, sebagaimana perkahwinan juga  perlu berjalan hingga takdir memberi penyudah.

Artikel oleh : Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj


Posted at 11:14 am by cahaya_syahdu
Make a comment  

Thursday, December 07, 2006
TEMAN


Teman….
Dikala aku mendambakan kehadiranmu
Tidak pernah kau menolak
Malah kau dengan segala daya yg mungkin
Memenuhi segala kehendakku

 Teman…
Hadirmu mengisi ruang ruang sepi
Petah bicaramu hadir dalam mimpi
Kenakalanmu menambat hati
Hilangmu ku cari, hadirmu ku nanti

 Teman…
Tidak ternilai harga dirimu
Walau dibanding dgn segunung emas
Tidak ternilai harga dirimu
Walau dibanding dgn sebutir permata

 Teman…
Kau penawar diriku dikala duka
Kau satu dalam sejuta
Aku sentiasa berdoa agar persahabatan kita
Berkekalan sehingga ke akhirnya

 Teman…
Sesungguhnya aku bangga menjadi sahabatmu

 
Nukilan rasa:
cahaya_syahdu 2006


Posted at 10:32 am by cahaya_syahdu
Make a comment  

Tuesday, June 06, 2006
Sebuah Pertemuan

 
Sebuah Pertemuan
 
Teman,
hati yang membara
tiada mengira siapa
bagai membujuk hati seorang kekasih
menuju pada sebuah pertemuan
Teman,
kau belum tahu
antara nama dan suara
hanyalah lapisan permukaan
yang tergantung diawangan
hari ini bukan mimpi lagi
hadirku dalam realiti
dan bukan lagi bisikan sukma
dalam satu bicara usang
bicara disisi kita
penentuan didepan waktu
mengorak mekar cita cita
bakal ku bawa pulang
menyongsong abad baru

Posted at 04:36 pm by cahaya_syahdu
Make a comment  

Friday, March 24, 2006
Hadiah Teristimewa, kisah benar guru tadika

BUAT RENUNGAN KITA SEMUA. SEMOGA ADA PENGAJARAN DISEBALIK CERITA INI Smile

Pagi 16 Mei 2005, saya dikejutkan dgn beberapa org anak murid yg meluru ke arah saya. Wajah mereka berseri-seri lalu masing-masing menghulurkan bungkusan berwarna-warni. "Cikgu...selamat Hari Guru!" kata mereka bertepuk tangan sambil berlari-lari anak mengelilingi saya. Memang saya terkejut kerana sebelum itu tidak pernah saya khabarkan pada anak-anak murid tentang tarikh sambutan Hari Guru, apalagi mengingatkan mereka. Bagi saya mereka terlalu muda dan belum dapat menilai erti sambutan Hari Guru. Rupa-rupanya saya silap. Tanpa saya menyangka pagi itu meja saya dipenuhi pelbagai jenis hadiah. Hari itu saya rasakan terlalu indah.

Saya rasa disanjungi, lalu pipi anak-anak murid saya kucup tanda merghargai pemberian dan ingatan mereka. "Terima kasih...bagitau ibu, cikgu ucapkan terima kasih, ya!" pesan saya pada Arina lalu satu kucupan singgah dipipi gebunya. Di sisi Arina, saya lihat Mariam tersengih-sengih. "Cikgu...Mariam pun nak bagi hadiah. Tapi tak bawa hari ni, lupa. Boleh cikgu, ya?" kata anak kecil itu bersungguh. "Tak payahlah Mariam. Tak bagi pun tak apa, cikgu bukan minta hadiah, cukuplah Mariam ucap Selamat Hari Guru buat cikgu. Itu pun sudah buat cikgu gembira." Saya cuba memujuknya kerana tidak mahu menyusahkan Mariam dan anak-anak murid yang lain.

Sebagai cikgu, saya tahu serba sedikit latar belakang keluarga mereka. Kerana itu saya tidak mahu ada di antara anak-anak murid saya yang bersusah payah menyediakan hadiah, lebih-lebih lagi Mariam. Dia bukan anak orang senang, ibu bapa Mariam membesarkannya hanya dengan meraut lidi, mencari daun getah kering lalu menjualkannya. Sebab itu saya tidak mahu Mariam rasa bersalah bila melihat teman-teman yang lain memberikan hadiah sedangkan dia tidak membawa apa-apa. Bagi saya, lebih baiklah duit yang ada itu digunakan oleh ibu bapa Mariam untuk makan minum keluarganya, atau belikan baju baru untuk Mariam buat menggantikan baju yang kusam dan masam dek peluh.

Saya gembira mendidik murid seperti Mariam. Biarpun ibu Mariam sudah lama meninggal dunia namun anak kecil itu masih bertuah kerana ibu tirinya menyayangi Mariam tidak ubah seperti anak kandung sendiri. Buktinya setiap pagi saya lihat anak kecil itu datang ke tadika sambil dipimpin ibunya, berjalan kaki sejauh 2 kilometer setiap hari. Kalau ada yang bersimpati, di tengah perjalanan ada keluarga murid-murid lain akan menumpangkan Mariam. Kalau tidak Mariam akan terus berjalan kaki dalam panas gerimis, pergi dan balik. Begitulah setiap hari.

Esoknya sekali lagi meja saya dipenuhi dgn pelbagai jenis hadiah. Kali ini datang daripada anak-anak murid yang tidak sempat memberikannya semalam. Saya hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala bila mana sambutan Hari Guru tahun ini benar-benar meriah. Seperti biasa, pagi itu saya berdiri di hadapan pintu menyambut seorang demi seorang ibu bapa yang datang menghantar anak masing-masing. Di muka pintu sekolah, saya dengar seorang bapa berpesan ; "Hadiah tu bagi kat cikgu tau." Tatkala itu saya benar-benar tersentuh kerana saya langsung tidak menyangka cukup dihargai oleh anak-anak murid yang masih kecil usianya. Dari halaman, saya lihat Mariam berpimpinan tangan dgn ibunya. Saya sambut kedua-dua mereka dgn senyuman. Sama seperti pagi-pagi sebelumnya, Mariam tiba di tabika dgn keadaan tubuh yg bermandikan peluh.

Bajunya basah namun kanak-kanak itu tetap ceria, tersenyum seperti biasa. "Cikgu! Mariam bawa hadiah untuk cikgu!" laungnya sambil ketawa. "Kan cikgu dah pesan, Mariam tak payah bagi cikgu hadiah," kata saya lalu mengusap rambut Mariam yang bertitisan peluh, dgn rasa kasih yg mendalam. "Tak apa....hadiah ni best cikgu!" kata Mariam bersungguh-sungguh. Mariam meletakkan begnya di atas meja. Pantas jari-jemari comelnya membuka zip beg sekolahnya yang sudah pudar warnanya akibat dimamah cahaya matahari. "Sekejap ya cikgu," kata Mariah yang masih tercungap-cungap kepenatan. Saya lihat Mariam mengeluarkan sesuatu dari dalam beg. Dia tersenyum sebaik menghulurkan segumpal surat khabar yang berkecai dalam genggamannya. "Alaaa...koyak pulak, cikgu !," rungut Mariam penuh kekesalan. Matanya membulat memandang saya yang masih setia menantinya. Beberapa anak-anak murid yang lain turut berdiri tidak sabar lihat apa yang Mariam keluarkan. "Apa yang Mariam bawa tu?," saya tanya penuh hairan melihat sesuatu yang bulat dibungkus dengan surat khabar lama. Saya dekati anak kecil itu lalu menyelak beg yang dibawanya. Di saat itu hati tiba-tiba menjadi sebak sebaik melihat 5 biji buah bacang bertindihan dengan buku-buku tabikanya. Dada saya ini mula terasa berat, ada air yang mula bertakung dikelopaknya. "Cikgu ambillah plastik, rumah Mariam tak ada plastik sebab tu mak bungkus dengan kertas. Tapi koyak pulak," katanya lincah sambil sebiji demi sebiji buah bacang dikeluarkannya dari dalam beg sekolah. Gelak tawa kawan-kawannya mula kedengaran namun Mariam masih tersenyum lalu matanya merenung saya dengan pandangan yang cukup sayu.

"Cikgu...cikgu tak suka buah bacang ke?," tanya anak kecil itu bila melihat saya merenung wajahnya dan 5 biji buah bacang yang bergulingan di atas meja. Saya cuba tahan airmata supaya tidak mengalir. Terlalu sebak rasanya. "Takkkk..cikgu...cikgu suka sangat. Balik nanti cikgu buat sambal belacan ya," kata saya, perlahan. Suara saya bagai tersekat di kerongkong. Dapat saya lihat anak kecil itu mengukir senyum. Saya peluk tubuhnya yang masih bermandikan peluh. Tidak dapat saya gambarkan bagaimana anak kecil itu membawa 5 biji buah bacang sambil berjalan kaki sejauh 2 kilometer. Saya kucup pipinya beberapa kali lalu tidak henti-henti ucapan terima kasih saya bisikkan ke telinga Mariam. "Bagitau mak...cikgu suka buah bacang. Terima kasih, ya," ucap saya lagi. Anak kecil itu mengangguk. "Tengok, Mariam pun bagi hadiah kat cikgu jugak," katanya kepada kawan-kawan sambil tersenyum riang. "Eleh...buah bacang bukan hadiah. Orang bagi hadiah kena bungkus lawa-lawa, bukan dengan kertas koyak." kata seorang anak murid yang masih tidak mengerti nilai sebuah hadiah yang sebenar-benarnya. "Tak apa...semua hadiah cikgu suka. Balut lawa atau tidak semuanya sama. Cikgu sayang semua anak-anak murid cikgu," saya ucapkan kata-kata itu agar hati dan perasaan anak sekecil Mariam tidak terguris.

Dapat saya lihat Mariam sekali lagi ketawa lalu bertepuk suka. Beberapa titis airmata yang sejak tadi saya tahan, akhirnya tumpah dipipi. Cepat-cepat saya mengesatnya bimbang anak-anak kecil yang suci dan bersih itu perasan kerana mereka belum dapat menyelami perasaan seorang insan yang bergelar guru. Buah bacang pemberian Mariam itu saya bawa pulang dengan perasaan bangga bercampur hiba. Walaupun ia hanya 5 biji bacang, tapi hadiah itu amat istimewa. Wajah Mariam, bajunya yang dibasahi peluh dan senyumannya yang ikhlas bermain-main diruang mata saya. Tengah hari itu sambal belacan buah bacang menjadi santapan kami sekeluarga dan semasa menelannya, beberapa titis airmata ini tumpah lagi ke pipi. Terima kasih Mariam. 5 biji bacang itu merupakan hadiah paling bermakna buat cikgu dan cikgu tidak akan lupakan sampai bila-bila.

Cikgu Rokiah - Kulim, Kedah.




Posted at 08:51 am by cahaya_syahdu
Make a comment  

Tuesday, March 21, 2006
KITA SEBENARNYA.....

Kita sebenarnya....
Lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram;
Kita sebenarnya....
Lebih tah apa itu 14 Febuari daripada 12 Rabiulawal;
Kita sebenarnya....
Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat;
Kita sebenarnya....
Lebih khusyuk mendengar lagu dari mendengar azan;
Kitasebenarnya.....
Lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada sembahyang;
Kita sebenarnya....
Lebih tahu tentang artis pujaan daripada nabi-nabi Allah;
Kita sebenarnya....
Lebih suka menyebut Hello!..Hai! daripada Asssalamualaikum;
Kita sebenarnya....
Lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid,bertahmid;
Kita sebenarnya....
Lebih suka memuji manusia daripada pencipta kita sendiri;
Kita sebenarnya....
Lebih suka membaca majallah hiburan daripada buku agama;
Kita sebenarnya....
Lebih suka kekonsert,karaoke,daripada ceramah agama;
Kita sebenarnya....
Lebih suka memaki,mengumpat orang daripada memuji mereka;
Kita sebenarnya....
Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat.

Siapa kita sebenarnya???  Hanya diri kita yang lebih mengetahui WinkSmile




Posted at 09:06 am by cahaya_syahdu
Make a comment  

Friday, March 10, 2006
Memelihara Taman Cinta Suami Isteri

WinkKasih sayang antara suami dan isteri haruslah berkekalan...seperti kata pepatah org tua tua...biar cangkul yg memisahkan..makna biarlah berkekalan hingga mati Smile waktu susah dan senang bersama..mengharung suka dah duka kan. Mari kita praktikkan bersama  apa yg tertera di bawah nieSmile

Waktu malam
Masuk tidur bersama. Walaupun kita ada 'cold war' antara pasangan.Sebaik-baiknya akhiri/selesaikan perselisihan faham sblm tido...Mungkin payah tapi tak mustahil dilakukan. Hendak seribu daya tak hendak seribu daleh.

Samakan minat.

Kalau suami suka permainan football. Terpaksalah isteri menanamkan minat yg serupa.  Isteri suka window shopping… hehehe..  suami pun harus ikut activiti begini .. sihat lagi menyihatkan tauu..


Jalan bergandingan
.

Pimpinlah tangan pasangan (suami/isteri) kita dengan erat. Kikiskan perasaan malu.  Biarlah masyarakat nak kata apa.. Pedulikan kalau mereka kata "Mengada  ngada.. dah tua pun jalan nak pimpin tangan.. meluat betul".

Cari & fikir positif saja.

Elakkan mencari cari kesalahan pasangan. Pasangan bahagia lebih memilih sisi positif.


Memaafkan.

Rumah tangga tanpa kepercayaan, sama saja dengan meniti petaka. Jadi, buatlah kepercayaan dan memaafkan sebagai pegangan baku dalam hubungan. Jika pasangan bahagia bertengkar atau berbeza pendapat dan tak boleh menyelesaikan, mereka akan mengutamakan rasa percaya dan memaafkan satu sama lain, bukan rasa tidak percaya dan tanpa ampun.

Kata kata
penghiburan yang menenangkan dan penuh kasih & pujian yang tulus. Contohnya puji ttg masakan atau pakaian.


Saling berpelukan
.

Hehehe.. ini yg best ni…Saling berpelukan segera setelah bertemu sepulang kerja. Kulit kita memiliki memori tentang 'sentuhan baik' (cinta), 'sentuhan buruk' (pelecehan) dan 'tanpa sentuhan' (penolakan). Pasangan yang saat bertemu terus berpelukan bererti memelihara ingatan kulitnya dengan 'sentuhan baik' dan memberi kehangatan.


Kata cinta.

Jangan ragu untuk mengatakan cinta pada pasangan.
Ungkapkan saja, "Aku cinta padamu" atau bentuk perhatian lain, misalnya dengan mengatakan, "Baik-baik ya" pada pagi hari. Itu merupakan cara hebat untuk mendapatkan kesabaran dan toleransi menghadapi dunia luar yang tak teratur.  Satu kata lagi yang kadang kita terlupa adalah salam menjelang tidur.


Ucapkan "Selamat malam sayang"

setiap malam menjelang tidur. Malah akan lebih berkesan jika ditambah dengan kecupan. Itu harus dilakukan setiap malam, dlm apa pun keadaan. Tak peduli bagaimana perasaan kita kerana  hal itu akan mengingatkan pasangan bahawa betapa pun kita sedang marah tetap ingin bersamanya.

Membaca Hati.

Bacalah cuaca hati (mood) pasangan setiap saat.

Tiada rumahtangga yg tiada masaalah.. Sedangkan lidah lagi tergigit.. apa pula kita suami isteri. Walaupun cara menyelesaikan nampak mudah tapi tak mustahil utk melakukan. Namun usaha penyelesaian konflik yang benar dapat menambah keintiman dan mendatangkan kedamaian dalam pernikahan. Dlm pd masa itu kita ingin  mengatakan bahwa kita saling memiliki.


Posted at 01:18 pm by cahaya_syahdu
Make a comment  

Friday, January 27, 2006
SELAMAT DTG 2006

Selamat datang 2006...selamat tinggal 2005. Moga kedatangan tahun baru 2006 ini memberikan kita seribu rahmat yg tak terhingga dari ILLAHI..dan semoga tahun 2005 yg telah kita tinggalkan tu..memberikan kita segala pengalaman dan pengajaran yg tidak ternilai buat kita.Smile

Moga segala azam yg kita buat di tahun 2005 yg tidak tercapai lagi..kita teruskan ditahun 2006 ini, teruskan usaha dan keazaman anda, agar segala cita cita yg diazamkan akan tercapai di tahun ini hendaknya dan pada kita yg berjaya melaksanakan azam dan cita cita di 2005, syabas dan sekalung tahniah moga kita semua aku meneruskan keazaman dan perjuangan kita utk hidup dibumi ALLAH ini dengan diiringi doa dan kesabaran.
Smile

Dan aku......masih seperti dahulu
Wink

Posted at 12:22 pm by cahaya_syahdu
Make a comment  

Thursday, September 29, 2005
SAY I LOVE U

WHEN U R ONLY 5 YRS OLD, I SAID I LOVE U.
U ASKED ME: WHAT IS IT?

WHEN U R 15 YRS OLD, I SAID I LOVE U.
U BLUSHED... U LOOK DOWN AND SMILE...

WHEN U R 20 YRS OLD, I SAID I LOVE U.
U PUT UR HEAD ON MY SHOULDER AND HOLD MY HAND... AFRAID THAT I MIGHT DISAPPEAR...

WHEN U R 25 YRS OLD, I SAID I LOVE U.
U PREPARE BREAKFAST AND SERVE IT IN FRONT OF ME, AND KISS MY FORHEAD SAID:
U BETTER BE QUICK, IT'S GONNA BE LATE

WHEN U R 30 YRS OLD, I SAID I LOVE U.
U SAID: IF U REALLY LOVE ME, PLEASE COME BACK EARLY AFTER WORK.

WHEN U R 40 YRS OLD, I SAID I LOVE U.
U R CLEANING THE DINING TABLE AND SAID: OK DEAR, BUT IT'S TIME FOR U TO HELP OUR CHILD WITH HIS/HER REVISION...

WHEN U R 50 YRS OLD, I SAID I LOVE U.
U R KNITTING AND U LAUGH AT ME :-D

WHEN U R 60 YRS OLD, I SAID I LOVE U.
U SMILE AT ME :-)

WHEN U R 70 YRS OLD. I SAID I LOVE U.
WE SIT ON THE ROCK ING CHAIR WITH OUR GLASSES ON. I'M READING YOUR LOVE LETTER
THAT U SENT TO ME 50 YRS AGO... WITH OUR HAND CROSSING TOGETHER...

WHEN U R 80 YRS OLD, U SAID U LOVE ME!
I DIDN'T SAY ANYTHING BUT CRIED... THAT DAY MUST BE THE HAPPIEST DAY OF MY LIFE!
BECAUSE U SAID U LOVE ME!!!

PLEASE APPRECIATE YOUR LOVED ONES..SAY "I LOVE YOU" TO THEM TODAY!

[i love you] means really care for you......say it out but not to expect the return or anything....

[i love you] is said because there is a pure thought.. that was hoping this magical 3 words..can
bring you happiness and futurity......and because of having such pure thoughts... ppl which have true heart to a person. gives out all his/her courage to tell : I love you

Posted at 12:17 pm by cahaya_syahdu
Make a comment  

Thursday, August 25, 2005
ADAM & HAWA

Lama sungguh aku tak mengupdatekan blog page ni, bukan apa, masa tak mengizinkan, dan idea pun takda datang, rupanya barulah aku tahu bagaimana susahnya menjadi seorg penulis yer, kena ada idea baru boleh menulis, kalau otak blank aje, no idea what to write, mmg tak menjadilah. Fikirlah cam nak pecah kepala pun kalau there is no idea mmg susah nak keluar apa yg hendak diluahkan.

Hari ni macam rasa datang pulak idea utk menulis sesuatu di atas blog page ni. Bukan beberapa hari yg lalu, aku terbaca dalam satu kad jemputan perkhawinan, lantas aku tertarik dgn hadis yg diselit dan dicetakkan atas kad jemputan tersebut berbunyi:-

"Manusia hawa dijadikan daripada tulang rusuk manusia adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan dari kakinya untuk dijadikan alas, tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat dengan hatinya utnuk dicintai"


Pabila membacanya aku begitu tertarik dengan kata-kata yang begitu indah serta begitu mendalam maknanya. Sepertimana yang kita semua tahu, hawa atau perempuan memang dijadikan dari tulang rusuk adam atau lelaki. Sepertimana yang kita semua tahu, hawa memang kaum yang lemah, yang memerlukan perlindungan serta kasih sayang dari kaum adam yakni lelaki, dan kerana itulah hawa dijadikan dari tulang rusuk, yg kedudukannya dekat dengan lengan yakni tangan untuk mendapat perlindungan dari kaum adam, dekat dengan hati untuk mendapatkan cinta serta kasih dan sayang dari kaum adam, tapi hakikatnya rata-rata kita perhatikan hari ini, kaum hawa lebih ramai dianiaya oleh kaum adam, dipukul hingga lebam-lebam, disepak diterajang serta kadang kadang ada kaum adam yg sanggup mengeluarkan kata kata yg hina kepada kaum hawa.

Kenapakah harus terjadi demikian?? Sedang sudah terang terang hadith tersebut menyebut apa yg betul, direct to the point bukan susah untuk difahami. Kadand-kadang tu aku rasa bukan kaum adam tak memahami tapi sengaja tidak mahu memahami, dan rata-rata yg menjadi mangsa kaum hawa. Sedarlah wahai kaum adam, sesungguh kaum hawa dijadikan oleh ALLAH sebagai teman utk kaum adam mecurahkan kasih dan sayang dgn penuh kelembutan, utk dilindungi dari segala kesusahan bukan sebagai tempat utk melempiaskan rasa amarah dan bukanlah tempat utk melepaskan hawa nafsu. Cubalah menghargai seorang insan yg bernama wanita/perempuan/hawa, andaikata tanpa hawa tidaklah adam dapat menurunkan zuriatnya di atas dunia ini. Cuba ingat akan pengorbanan besar seorang insan yg bernama wanita/perempuan/hawa, yg sudi membawa kandungan 9 bulan 10 hari, yg sudi menyabung nyawa bagi melahirkan zuriat yg diturunkan oleh lelaki/adam. Betapa besar betapa suci betapa murni pengorbanan yg dilakukan oleh kaum hawa utk kaum adam.

Jadi jgnlah sewenang wenangnya memperlakukan kaum hawa sedemikian rupa, seakan kaum hawa ini tiada maruah dan perasaan. Bukan aku menulis ini untuk menyalahkan kaum adam atau untuk menyokong kaum hawa, tapi sekadar memberi kesedaran kepada sesiapa yg sudi membaca.

Rasanya cukuplah setakat ini dulu, andaikata idea datang mencurah, aku pasti mencoretkan lagi di blog ini. Insya-allah jika ada umur yg panjang, ada kelapangan. Sekian.

Posted at 12:38 pm by cahaya_syahdu
Make a comment  

Next Page